
KMKK penghubung penting antara kerajaan dan rakyat
SARIKEI: Ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) terus menjadi penghubung penting antara kerajaan dan rakyat dalam memastikan setiap dasar pembangunan kerajaan Sarawak dapat disampaikan, difahami

SARIKEI: Ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) terus menjadi penghubung penting antara kerajaan dan rakyat dalam memastikan setiap dasar pembangunan kerajaan Sarawak dapat disampaikan, difahami

MIRI: Kontinjen Majlis Sukan Sekolah Bahagian (MSSB) Miri menerima suntikan semangat menjelang Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Sarawak (MSS Sarawak) 2026 apabila Menteri Pengangkutan yang

SARIKEI: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM260 juta tahun ini bagi melaksanakan dasar pendidikan universiti percuma untuk anak Sarawak yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi milik

SYDNEY: Kekurangan kakitangan perkhidmatan penerbangan yang dilaporkan menjadi punca kelewatan penerbangan secara meluas dan beberapa pembatalan di Lapangan Terbang Sydney pada Jumaat, lapor Xinhua. Qantas

DEBAK: Seorang pemandu lori 10 tan mengalami kecederaan ringan selepas terbabit dalam kemalangan kendiri di Lebuh Raya Pan Borneo dekat Simpang Debak petang tadi. Menurut

BINTULU: Organisasi belia seperti Junior Chamber International (JCI) memainkan peranan penting sebagai rakan strategik kerajaan dalam melahirkan generasi muda yang berdaya saing menerusi pembangunan kepimpinan,

KUCHING: Jabatan Imigresen (JIM) Sarawak menahan 16 warga asing atas pelbagai kesalahan imigresen menerusi Ops Selera, Ops Kutip dan Ops Sapu yang dijalankan di sekitar

SIBU: Di sebalik kepulangan jenazah Koperal Chiu Teck Siong ke kampung halamannya hari ini, balu anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu hanya mampu memikirkan masa depan lima anak mereka yang masih kecil, terutama soal pendidikan selepas kehilangan tonggak keluarga dalam tragedi renjatan elektrik di Beaufort, Sabah, semalam. Tan Wei Wei, 39, berkata, keutamaan beliau ketika ini ialah memastikan kelima-lima anak mereka mendapat pembiayaan pendidikan yang mencukupi memandangkan mereka masih kecil. “Yang saya fikir sekarang ialah pendidikan masa depan mereka. Mereka semua masih kecil, sedangkan gaji suami bukanlah besar,” ujarnya ketika ditemui di Ching Chuan Sibu Mortuary Hall di Jalan Bukit Lima di sini, lewat petang tadi. Beliau berkata, lima anak mereka masing-masing berusia 11, 10, sembilan, tujuh dan empat tahun. Menurutnya, empat anak yang lebih besar bersekolah di SJK(C) Tung Hua, Sibu, manakala anak bongsu mengikuti pendidikan prasekolah di Tadika Sing Antong. Tan berkata, mendiang suaminya telah lama berhasrat untuk dipindahkan semula bertugas ke Sibu supaya dapat tinggal bersama keluarga, namun hasrat itu tidak kesampaian. “Memang sudah lama dia hendak berpindah balik ke sini, tetapi belum berjaya,” katanya. Beliau berkata, kali terakhir anak-anak dapat meluangkan masa bersama bapa mereka ialah ketika sambutan Tahun Baharu Cina lalu. Koperal Chiu, 40, merupakan antara tiga anggota polis yang maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika menggunakan galah logam untuk mengambil kelapa di luar Balai Polis Weston, Beaufort, Sabah, semalam. Jenazah beliau diterbangkan dari Lapangan Terbang Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kota Kinabalu dan tiba di Lapangan Terbang Sibu pada 5.50 petang. Van yang membawa jasad mendiang kemudian diiringi kenderaan polis serta ahli keluarga ke Ching Chuan Sibu Mortuary Hall di Jalan Bukit Lima. Upacara penghormatan terakhir akan diadakan di dewan berkenaan pada 7.30 pagi esok sebelum mendiang dibawa ke Nirvana Memorial Park untuk upacara pembakaran. Abu mendiang kemudian akan disemadikan di Methodist Grace Memorial Park di Jalan Kemuyang. Dua lagi mangsa yang turut terkorban dalam kejadian itu ialah Lans Koperal Mohamad Nur Hafiz Ibrahim, 29, dan Lans Koperal Muhammad Raimi Ismarubee, 26. Ketiga-tiga mereka bertugas di Balai Polis Weston, Beaufort. Oleh Akun Giman

MIRI: Menteri Pengangkutan, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin, turun padang meninjau kerja pembaikan paip utama 18 inci yang

PETRA JAYA: Sarawak Water sedang menjalankan siasatan berhubung kebocoran yang disyaki berlaku pada saluran paip air utama berdiameter 1,100 milimeter jenis Mild Steel Cement Lined

ALOR GAJAH: Kerajaan MADANI akan terus memastikan keperluan semua kaum dan aliran pendidikan di negara ini, diberi perhatian secara seimbang tanpa meminggirkan mana-mana pihak, kata

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhasrat mencontohi konsep penganjuran Festival Makanan Kuching selepas melihat kejayaannya dalam merancakkan ekonomi setempat, mempromosikan budaya makanan serta menggalakkan