Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi selamat tiba di Kuching
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi selamat tiba di Kuching

Utusan Sarawak 3 months ago

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, selamat tiba di Hangar Hornbill Skyway, Kuching pada 1.00 tengah hari tadi setelah berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan.

Ketibaan Tun Wan Junaidi, dan isteri menandakan berakhirnya lawatan kerja ke Kuala Lumpur dan Pahang, yang berlangsung dari 5 hingga 12 Februari.

Dalam kenyataan ringkas, Tun Wan Junaidi menyatakan rasa syukur kerana segala urusan sepanjang lawatan telah berjalan lancar.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menyusun dan melancarkan urusan rasmi sepanjang lawatan tersebut.

Penghargaan khas turut diberikan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, serta Kerajaan Negeri Pahang atas sambutan mesra dan sokongan yang diberikan.

Tun Wan Junaidi berharap agar lawatan ini membawa manfaat kepada semua pihak serta memperkukuh hubungan baik antara Sarawak dan Pahang.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: YAPEIM serah sumbangan RM60,000 kepada mangsa banjir di Serian
Next: APA KATA CALON

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.