Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tanah susur di Kapit, lima keluarga terjejas
  • WILAYAH

Tanah susur di Kapit, lima keluarga terjejas

Utusan Sarawak 4 months ago

PEMANTAUAN.....APM bersama dengan Pejabat Daerah Kapit, JBPM dan MDK telah membuat pemantauan ke kawasan tanah susur di Lorong Airport 43A4, Jalan Airport Kapit. Foto ihsan APM Kapit

KAPIT: Lima Ketua Isi Rumah (KIR) di Lorong Airport 43A4, Jalan Airport Kapit, terjejas akibat kejadian tanah susur berikutan hujan lebat semalaman.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kapit, Kapt. (PA) Mohamad Noor Ini berkata, pihak APM bersama pihak Pejabat Daerah Kapit, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Majlis Daerah Kapit telah membuat pemantauan ke kawasan tanah susur tersebut.

“Terdapat lima KIR yang terjejas akibat tanah susur tersebut. Kejadian ini juga telah mengakibatkan bahagian dapur rumah mangsa mengalami kerosakan dan beberapa dinding rumah mengalamai keretakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, pihak Pejabat Daerah Kapit telah memberitahu kepada pihak Majlis Daerah Kapit (MDK) untuk membersihkan tanah susur tersebut kerana kawasan itu di bawah seliaan majlis daerah tersebut.

“Penugasan berjalan dengan lancar dan tiada sebarang pekara yang tidak diingini belaku,” katanya.

Continue Reading

Previous: Hujan berterusan, paras air terus naik di beberapa kampung di Daerah Matu
Next: Kawasan rendah masih dinaiki air di Lubuk Bukut, dua rumah panjang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.