APM tangkap ular sawa bersembunyi dalam kotak

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA APM, Azraai Fahmi Baim menunjukkan ular sawa yang bersembunyi dalam kotak berjaya ditangkap. Foto APM Marudi

MARUDI: Seekor ular sawa sepanjang 0.91 meter berjaya ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Marudi selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 1.47 petang semalam.

Reptilia tersebut ditemui bersembunyi di dalam sebuah kotak di sebuah rumah di Jalan Dato Tunku Abdul Rahman, Kampung Narum, Marudi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi Lt. (PA), Mirwan Shah Masri memberitahu Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Marudi menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan seekor ular bersembunyi dalam kotak.

Sebaik menerima panggilan tersebut empat anggota APM bergerak ke lokasi diketuai Beatrice Kalang dan berjumpa dengan pengadu Mohd Aris Fadillah Abdullah sebelum menjalankan operasi menangkap reptilia berkenaan.

Reptilia tersebut berjaya ditangkap menggunakan peralatan khas sebelum anggota APM bergerak pulang ke PKOD iaitu 200 meter dari lokasi.

Oleh Jiku Juguong