Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tanah jerlus jejaskan sebahagian jambatan Sungai Penyat 
  • WILAYAH

Tanah jerlus jejaskan sebahagian jambatan Sungai Penyat 

Utusan Sarawak 5 months ago

Tanah jerlus menjejaskan sebahagian Jambatan Sungai Penyat yang menghubungkan empat rumah panjang di kawasan berkenaan.

SELANGAU: Tanah jerlus akibat aliran deras air sungai susulan hujan lebat telah menjejaskan sebahagian Jambatan Sungai Penyat di sini, sekali gus menghalang laluan kenderaan. 

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangau dalam kenyataannya hari ini memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada pukul 2.35 petang. 

Seramai lima anggota APM segera digerakkan ke lokasi untuk memantau keadaan tanah jerlus itu. 

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati berlaku tanah runtuh yang menjejaskan bahagian jambatan dan jalan. 

“Jalan tersebut menghubungkan empat rumah panjang di kawasan Tanjung Taroh, iaitu Rumah Panjang Joannes, Rumah Panjang Kembang, Rumah Panjang Enjup, dan Rumah Panjang Langup. 

“Pada masa ini, jalan itu tidak boleh dilalui oleh sebarang jenis kenderaan,” kata kenyataan itu. 

Continue Reading

Previous: Dabai Sarikei lebih sedap, popular?
Next: Bangunan kuaters polis Limbang daif, perlu perhatian segera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.