Tangan lelaki 19 tahun tersepit dalam mesin penggoreng

Facebook
WhatsApp
TERSEPIT...Anggota bomba berusaha mengeluarkan tangan mangsa tersepit dalam mesin penggoreng di sebuah restoran makanan segera di Luak, di Miri pagi ini.

MIRI: Seorang lelaki berusia 19 tahun berdepan detik cemas apabila tangannya tersepit dalam mesin penggoreng di sebuah restoran makanan segera di Luak, di sini, pagi ini.

Dalam kejadian sekitar 9.22 pagi ini, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral dikejarkan ke lokasi dan tiba 11 minit kemudian.

Sebaik tiba, pihaknya mendapati tangan mangsa tersepit pada bahagian mesin penggoreng.

Anggota membuat penilaian awal sebelum menggunakan peralatan khas bagi meregangkan besi pada bahagian tangan yang tersepit.

Usaha itu berjaya mengeluarkan tangan mangsa dan pemeriksaan mendapati dia tidak mengalami kecederaan serius.

Oleh Liong Chai Ling