BERLIN, 4 Oktober: Grand Prix Bahrain yang dipindahkan ke Malaysia susulan konflik di Asia Barat ditangguhkan akibat hujan lebat di Sepang hari ini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pelumba Red Bull Max Verstappen meraih petak pertama buat kali pertama musim ini, namun waktu permulaan perlumbaan yang dijadualkan terpaksa ditangguhkan ke waktu yang belum ditentukan akibat hujan lebat.
Keadaan itu berkemungkinan menyaksikan perlumbaan berlangsung dalam situasi tidak menentu sebaik sahaja steward memutuskan keadaan cukup selamat untuk perlumbaan dimulakan.
Grand Prix yang pada asalnya dijadualkan berlangsung di Bahrain ditangguhkan pada April susulan perang Iran dan dipindahkan ke Malaysia pada Oktober ketika ketegangan berterusan di Asia Barat. – Bernama





