Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sokongan padu terhadap keperluan kanak-kanak istimewa
  • TEMPATAN

Sokongan padu terhadap keperluan kanak-kanak istimewa

Utusan Sarawak 3 months ago
BERI SOKONGAN… Dato Wee Hong Seng dan Wendy Mandau merakamkan gambar bersama para peserta larian ’Perkata Walk, Jog and Wheel-A-Thon’.

KUCHING: Penyertaan menggalakkan daripada 250 peserta dalam program larian ’Perkata Walk, Jog and Wheel-A-Thon’ mencerminkan sokongan padu masyarakat terhadap keperluan kanak-kanak istimewa (OKU).

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dato Wee Hong Seng berkata penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat mencerminkan semangat inklusiviti yang menjadi asas kepada acara tersebut.

TAHNIAH… Dato Wee Hong Seng menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang larian ’Perkata Walk, Jog and Wheel-A-Thon’.

”Dengan penyertaan daripada 250 peserta termasuk anak-anak Perkata, ibu bapa, staf dan guru-guru dan orang awam, kita berharap ia akan memberi inspirasi kepada semua untuk membina masyarakat yang lebih prihatin terhadap keperluan anak-anak OKU.

”Sehubungan itu, saya menggesa orang ramai untuk menyokong mereka (Perkata) dalam setiap acara yang dianjurkan kerana ia memerlukan peruntukan yang besar dalam RM30,000 hingga RM40,000 sebulan untuk terus beroperasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan upacara larian ’Perkata Walk, Jog and Wheel-A-Thon’ di Saradise Edge, di sini, hari ini.

Selain itu, Wee turut menyarankan syarikat korporat untuk melangkah ke hadapan dan memasukkan Perkata dalam inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka untuk membantu meringankan beban kewangan.

Sementara itu, Pengetua Perkata, Wendy Mandau berkata sebanyak RM 35,583 berjaya dikumpul menerusi acara yang julung kali diadakan tersebut.

Katanya, acara itu diadakan bagi mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang keperluan kanak-kanak OKU selain untuk mengumpul dana untuk menampung kos operasi sekolah.

”Ini merupakan pertama kali kita menganjurkan acara ini dan menerima penyertaan yang agak menggalakkan daripada orang ramai. Kita berharap sokongan seperti ini dapat diteruskan dalam acara-acara lain yang kami anjurkan seperti Hari Jualan Terbuka pada 4 Mei ini.

”Setiap acara yang dianjurkan adalah untuk mengumpul dana bagi menampung kos operasi Perkata,” tambahnya.
Oleh Rynna Sha’erra

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pelajar 10 sekolah menengah diberi pendedahan awal TVET
Next: Usaha lindungi hutan bakau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.