Sumbangan PAK suntik semangat PBS Kabong terus berkhidmat

Facebook
WhatsApp
NOR-E Fadwie Salleh menyampaikan sumbangan kepada PBS Kabong. Foto PAK

KABONG, 4 Oktober: Persatuan Anak Kabong (PAK) tampil menyampaikan sumbangan kepada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kabong sebagai tanda sokongan terhadap usaha pasukan itu dalam membantu menangani kejadian kebakaran di kawasan berkenaan.

Sumbangan tersebut disampaikan pada satu majlis ringkas yang berlangsung di Pondok PBS Kabong, semalam.

Ia disampaikan oleh Timbalan Pengerusi PAK, Nor-E Fadwie Salleh kepada Komandan PBS Kabong, Penghulu Rahman @ Dom Kapok

Menurut PAK, sumbangan berkenaan diharap dapat membantu PBS Kabong menambah baik keperluan operasi, khususnya dalam menghadapi situasi kecemasan melibatkan kebakaran.

Walaupun sumbangan yang diberikan tidak besar, PAK berharap ia dapat dimanfaatkan sebaik mungkin demi kelancaran tugas para anggota PBS di lapangan.

PAK turut menzahirkan penghargaan terhadap komitmen dan kesungguhan anggota PBS Kabong yang sentiasa bersedia memberikan khidmat kepada masyarakat secara sukarela.

PAK menzahirkan penghargaan terhadap komitmen dan kesungguhan anggota PBS Kabong yang sentiasa bersedia memberikan khidmat kepada masyarakat secara sukarela. Foto PAK

Sejak ditubuhkan, PBS Kabong memainkan peranan penting sebagai antara pasukan sokongan dalam membantu masyarakat setempat ketika berlaku kecemasan, khususnya kejadian kebakaran.

Komitmen anggota yang sanggup meluangkan masa dan tenaga demi keselamatan orang ramai wajar dihargai serta mendapat sokongan berterusan daripada pelbagai pihak.

PAK berharap kerjasama dan sokongan seperti itu dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuh kesiapsiagaan PBS Kabong serta memastikan keselamatan komuniti setempat sentiasa diberi keutamaan.

Oleh Adi Safarman