Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SJKC Chung Hua Sungai Lumut terima RM400,000
  • TEMPATAN

SJKC Chung Hua Sungai Lumut terima RM400,000

Utusan Sarawak 4 years ago

BEKENU : Pemberian peruntukan RM400,000 untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Sungai Lumut membuktikan keprihatinan Kerajaan Sarawak Sarawak yang terajui oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari dalam pembangunan pendidikan anak luar bandar.
Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Rosey Yunus berkata demikian pada Majlis Penyerahan Peruntukan Kerajaan Sarawak di SJKC Chung Hua Sungai Lumut semalam.
Peruntukan berkenaan adalah untuk pembinaan sebuah bangunan sekolah baharu di kawasan berkenaan.
Beliau turut memuji semangat perpaduan di antara ahli masyarakat, lembaga sekolah dan pihak kontraktor bagi menjayakan pembinaan bangunan berkenaan.
“Tahniah kepada pihak lembaga sekolah yang berani mencari kontraktor pembinaan walaupun peruntukan belum ada ketika itu dan terima kasih kepada kontraktor berani menyambut cabaran ini sehingga bangunan sekolah itu siap sepenuhnya” jelasnya.

Rosey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bekenu menambah, peranan dipamerkan oleh kontraktor dan lembaga sekolah tersebut membuktikan hubungan terbaik dalam erti kata kerjasama.
Sehubungan itu, Rosey turut menyeru pihak sekolah berusaha gigih untuk menambah bilangan pelajar di sekolah berkenaan kerana setakat ini sekolah berkenaan hanya mempunyai 47 pelajar.

Pada majlis berasingan di Sepupok Niah semalam, Rosey Yunus turut menyampaikan geran peruntukan sejumlah RM200,000 kepada Tadika Niah Sepupok.

Hadir sama, Pengerusi Pengelola Lembaga SJKC Chung Hua Sungai Lumut Kapitan Kuan Chui Thu, Guru Besar Lim Suk Fung, Penghulu Choo dan ketua-ketua kaum setempat.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Kanak-kanak turut hargai jasa barisan hadapan
Next: Pekan Marudi bakal berubah wajah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.