Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sijil kemahiran keperluan pasaran kerja
  • TEMPATAN

Sijil kemahiran keperluan pasaran kerja

Utusan Sarawak 5 years ago
BERI SUMBANGAN… Hazland menyampaikan sumbangan dana kepada dua orang adik beradik kembar seiras dari Kampung Tabuan Drahman yang melanjutkan pengajian dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), semalam.

KUCHING: Pendidikan, sijil dan kemahiran adalah senjata ampuh kepada pelajar dalam menempuh dunia pasaran kerja ketika ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr. Hazland Abang Hipni berkata, dunia pekerjaan semalam tidak hanya bersandarkan kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semata-mata kerana itu baharu permulaan, masih banyak yang perlu ditempuhi untuk mendapatkan lebih banyak ilmu pengetahuan dan kemahiran.

“Perjalanan masih jauh dan pelajar perlu memanfaatkan peluang ini untuk terus menimba ilmu dan kemahiran demi masa depan.

“Keadaan hari ini tidak sama dengan dunia terdahulu yang sudah terlalu jauh ke hadapan dan bergerak pantas. Jika kita lambat dan lewat, maka kita sebenarnya gagal untuk bergerak ke hadapan.

“Untuk itu, kita perlu pantas dalam menempuhi dunia teknologi yang serba canggih ini supaya kita tidak ketinggalan dan bergerak seiring demi kemajuan bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian, ketika menyampaikan sumbangan dana kepada dua orang adik beradik kembar seiras dari Kampung Tabuan Drahman yang melanjutkan pengajian dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), baru-baru ini.

Sumbangan tersebut adalah aktiviti tahunan Dr. Hazland sebagai galakan kepada pelajar-pelajar dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan mencapai cita-cita mereka.

Dalam majlis itu, kedua-dua beradik kembar seiras itu turut ditemani bapanya yang berterima kasih atas sumbangan yang diberikan ini.

Oleh Nur Ain Otsman

Continue Reading

Previous: Tanjong Datu sedia hadapi pilihan raya
Next: Jambatan Batang Paloh bukan janji kosong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.