Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak negeri pertama kuat kuasa Ombudsman jika RUU lulus – Juanda
  • TEMPATAN

Sarawak negeri pertama kuat kuasa Ombudsman jika RUU lulus – Juanda

Utusan Sarawak 2 years ago

Datuk Dr Juanda Jaya.

SIBURAN: Kerajaan Sarawak bercadang membentangkan satu rang undang-undang (RUU) Ordinan Ombudsman Sarawak hujung tahun ini yang bakal menjadikannya negeri pertama menguatkuasakan undang-undang seumpama itu di negara ini jika diluluskan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Datuk Dr Juanda Jaya berkata, rang undang-undang berkenaan akan dibentang pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menangani aduan rakyat berhubung tahap perkhidmatan penyampaian kerajaan.

“(Di bawah ordinan itu) kalau ada rakyat tidak berpuas hati tentang sistem penyampaian atau tentang pengagihan, pembangunan atau apa sahaja…  kerajaan mesti melayan perkara seperti ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Program Jelajah Integriti Siri 6/2023 Daerah Siburan di sini, hari ini.

Beliau berkata ordinan terbabit tidak akan melangkau kuasa penguat kuasa seperti polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sebagainya, selain mengikut piawaian yang diamalkan di negara maju yang sudah mengamalkan ombudsman.

“Draf (ordinan) dah siap, kita akan lakukan lawatan penandaarasan yang akan diketuai Premier (Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg) sendiri dan pihak SPRM akan ikut serta,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: LHDN anjur program bantu tangani kemelut pembayar cukai
Next: Apresiasi Media HASiL: 80 pengamal media diraikan sempena majlis berbuka puasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.