Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rugi RM32,000 akibat pelaburan tidak wujud
  • TEMPATAN

Rugi RM32,000 akibat pelaburan tidak wujud

Utusan Sarawak 5 years ago
TIMBALAN KETUA POLIS DAERAH SIBU… Superintenden Collin Babat.

SIBU:Juru jual mengalami kerugian RM32,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud yang ditawarkan secara atas talian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintenden Collin Babat berkata, kejadian bermula pada 7 Mac lalu apabila pengadu, 25, lelaki menerima pesanan ringkas menerusi aplikasi weChat yang menawarkannya menyertai skim pelaburan.

“Pengadu dimaklumkan bahawa pelaburan yang disertai itu melibatkan pelaburan mata wang Dolar USD dengan menjanjikan pulangan lumayan,” jelasnya ketika dihubungi oleh pemberita semalam.

Katanya, pengadu yang berminat dengan tawaran itu telah melakukan lapan transaksi pemindahan wang, selain membuat beberapa bayaran melalui mesin ATM ke dalam akaun bank atas nama seseorang dengan jumlah keseluruhan RM32,000.

“Pengadu dimaklumkan hasil pelaburan akan dikreditkan ke akaun pengadu bersama modal yang telah pengadu berikan. Pengadu juga diminta untuk terus menambah modal pelaburan yang telah diberikan tetapi pengadu tidak dapat memenuhi permintaan tersebut kerana pengadu sudah tiada wang,” ujarnya.

Katanya lagi, bermula pada Rabu minggu lepas perhubungan weChat pengadu tidak dilayan dan akhirnya disekat.

“Pengadu mula rasa curiga dengan pekara itu dan telah dimaklumkan oleh abangnya bahawa pengadu telah ditipu dalam urusan pelaburan terbabit.

“Pengadu datang ke balai polis membuat laporan kerana merasa diri telah ditipu,” ujarnya lagi.

Menurutnya, modus operandi suspek memperdayakan pengadu untuk memindahkan wang ke akaun suspek bagi urusan pelaburan USD Dolar yang tidak wujud.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” tegasnya.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Tiga rumah panjang terima MRP RM9,000
Next: Polis buru 2 warga Indonesia positif Covid-19

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.