
BEKENU: Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus, berpendapat bahawa acara ramah tamah sempena Aidilfitri merupakan peluang terbaik untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat, tanpa mengira latar belakang agama dan budaya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis Ramah Tamah Aidilfitri Masjid Al Mutaqqin di sini, kelmarin.
“Kita dapat duduk bersama, makan bersama tanpa mengira agama dan latar belakang, selain menghormati orang tua dan sebagainya,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu pada majlis turut menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak berusia bawah 12 tahun.
Turut hadir Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni, Datuk Yusop Sani Wahab dan Pemanca Dr Ali Mudin serta ketua-ketua kaum setempat.
Oleh Adum Liu