Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ramadan: Perbanyak sedekah, ibadah
  • WILAYAH

Ramadan: Perbanyak sedekah, ibadah

Utusan Sarawak 2 months ago
KONGSI REZEKI... Dato Mohd Chee Kadir menyantuni para penerima pada Penyampaian Sumbangan LAKIK di Dewan PNK Kabong, petang tadi.
-Foto ADUN Kabong

KABONG: Amalan bersedekah amat digalakkan dengan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan beban mereka terutama pada Ramadan ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, selain meningkatkan ibadah, umat Islam perlu memperbanyakkan amalan bersedekah semasa bulan yang penuh keberkatan ini.

“Kita harus memperbanyakkan amalan kita di bulan yang mulia ini, bukan sahaja beribadah kepada Allah SWT, tetapi juga memberi sumbangan atau bersedekah kepada orang yang memerlukan.

“Amalan bersedekah tidak semestinya dilakukan pada Ramadan sahaja, sebaliknya boleh dilakukan pada setiap masa untuk membantu golongan yang memerlukan,” katanya semasa Penyampaian Sumbangan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Kabong (LAKIK) di Dewan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kabong, petang tadi.

Program berkenaan bertujuan menyampaikan sumbangan daripada LAKIK kepada golongan asnaf di Kabong. 

Sumbangan itu juga merupakan gerak kerja tahunan ADUN Kabong bersama LAKIK untuk membantu golongan asnaf di Kabong dengan menyalurkan bantuan seperti keperluan barang asas dan wang kepada golongan tersebut untuk menyambut perayaaan Hari Raya.

Kesemua 120 asnaf menerima sumbangan RM150 dan makanan yang telah disampaikan oleh ADUN Kabong.

Untuk rekod, pada tahun ini, ADUN Kabong telah menyumbangkan geran berjumlah RM20,000 kepada LAKIK seterusnya telah digunakan sebanyak RM18,000 untuk diagihkan kepada 120 penerima asnaf dewasa dan RM2,000 untuk 83 penerima asnaf kanak-kanak.

Turut Hadir, Pegawai Daerah Kabong, Tahir Sharee, Pengerusi LAKIK, Kaunselor Ulin Tabur, Penghulu Sani Mohd, Penghulu Rahman @ Dom Kapok, Pengurus PNK Kabong, Sahariya Tahot, ahli jawatankuasa LAKIK dan penerima-penerima bantuan.

OLEH ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Mohon panjangkan masa operasi sempadan Sarawak-Brunei
Next: Khairul Ikhwan, Putri Damia wakili Sri Aman ke pertandingan hafazan ke peringkat negeri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.