Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Projek pembangunan di DUN Sebuyau berjalan lancar
  • TEMPATAN

Projek pembangunan di DUN Sebuyau berjalan lancar

Utusan Sarawak 5 years ago
TINJAU …Lawatan kerja JKR Bahagian Samarahan ke atas projek baik pulih padang Bola Sepak, Sebangan pada Isnin.

SEBUYAU: Beberapa buah kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau bakal menikmati kemudahan infrsatruktur Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2020.

 Antara projek yang akan dijalankan di kawasan tersebut adalah naiktaraf Jalan Rumah Panjang Kampung Tungkah Dayak; baik pulih padang Bola Sepak Sebangan, bina baharu jalan dari simpang masuk melalui Dewan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Tebelu, bina baharu Gelanggang Futsal Kampung Entanggor, naiktaraf Padang Bola Sepak Pekan Sebuyau, naiktaraf Jalan Kampung Masjid Sebuyau, bina baharu Padang Futsal Kampung Sungai Rama dan naik taraf Jalan Kampung Nap.

Pegawai Tadbir Daerah Sebuyau, Ajis Ahmad ketika melawat tapak projek berkenaan pada Isnin, memaklumkan kepada Ketua Kaum dan Tuai Rumah untuk memberikan kerjasama kepada agensi yang melaksana projek tersebut kelak.

Turut serta, Jurutera Awam Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Samarahan Dayang Nurashreen Muneera Awang Mahmud, Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Walter Hugo, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan dan Ketua Masyarakat yang terlibat.

Oleh Zarina Abdullah

Continue Reading

Previous: Keputusan JPBNS ambil kira sektor sosial, ekonomi
Next: OSEIC mula operasi September 2020

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.