Eksklusif: Bekas bintang Real Madrid puji Kuching City, akui perlawanan sukar

Facebook
WhatsApp
PUJIAN… Bekas pemain Real Madrid, Asier Illarramendi memuji kemampuan Kuching City FC yang disifatkannya memiliki kekuatan berpasukan dan mampu memberikan saingan sengit di pentas Asia.

PETRA JAYA, 15 Oktober: Siapa sangka Kuching City FC mampu memberikan cabaran sengit kepada pemain yang pernah menyarung jersi gergasi Sepanyol, Real Madrid, apabila Asier Illarramendi mengakui The Cats memiliki pasukan yang bagus dan mampu bersaing di pentas Asia.

Bekas pemain tengah Real Madrid itu berkata kekuatan Kuching City bukan hanya bergantung kepada seorang pemain, sebaliknya terletak pada kemampuan keseluruhan pasukan yang mempamerkan aksi kompetitif ketika berdepan Kitchee SC dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Dua (ACL Two).

“Saya fikir mereka mempunyai pasukan yang bagus. Saya sudah menyaksikan beberapa perlawanan Kuching City dan saya fikir kekuatan mereka bukan hanya terletak pada seorang pemain, tetapi sebuah pasukan.

“Mereka bersaing dengan baik hari ini, sama seperti kami,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

Illarramendi, yang pernah beraksi bersama Real Madrid dari 2013 hingga 2015, turut mengakui keadaan cuaca lembap di Kuching memberikan cabaran kepada pemain, terutama pada separuh masa kedua apabila tahap keletihan mula dirasai.

Menurutnya, Kitchee beraksi dengan lebih baik pada separuh masa pertama sebelum berdepan kesukaran mengekalkan tahap permainan pada babak kedua.

“Bukan mudah untuk bermain di sini dengan kelembapan cuaca ini. Saya fikir kami bersaing dengan lebih baik pada separuh masa pertama, tetapi pada separuh masa kedua kami agak keletihan.

“Bagaimanapun, secara keseluruhan, ia satu pengalaman yang baik,” katanya.

Illarramendi pernah membantu Real Madrid memenangi Liga Juara-Juara Eropah pada musim 2013-2014, selain meraih beberapa kejuaraan lain bersama kelab berkenaan.

Pengalaman luas pemain Sepanyol itu di pentas bola sepak Eropah menjadikan pengiktirafannya terhadap kemampuan Kuching City satu perkembangan menarik buat penyokong The Cats, yang mahu melihat pasukan kesayangan mereka terus membuktikan kemampuan bersaing dengan kelab antarabangsa.

Oleh Shahrul Qaizat

Kuching City diikat Kitchee 1-1

PETRA JAYA, 15 Oktober: Kuching City FC terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 menentang wakil Hong Kong, Kitchee SC,