Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Projek jalan raya RM250 juta ubah lanskap Daro
  • TEMPATAN

Projek jalan raya RM250 juta ubah lanskap Daro

Utusan Sarawak 3 weeks ago
SAFIEEE bersalaman sambil bertanya khabar tetamu yang hadir pada Majlis Berambeh Raya 2025 di Dewan Komuniti Kampung Penasu, petang semalam. Foto UKAS

DARO: Projek pembinaan jalan raya baharu yang menghubungkan Kampung Penasu, tujuh rumah panjang di sekitar Nanga Serban, serta Sekolah Kebangsaan (SK) Batang Lassa dengan jalan utama Tanjung Manis–Sibu dijangka memberi impak besar kepada penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad, berkata kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM250 juta bagi pelaksanaan projek jalan sepanjang 17 kilometer itu.

“Perunding bagi projek ini juga telah dilantik. Pembinaan jalan ini amat penting kerana sebelum ini, penduduk hanya bergantung kepada laluan sungai dan jalan ladang sebagai akses utama keluar masuk ke kawasan ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Berambeh Raya 2025 di Dewan Komuniti Kampung Penasu, petang semalam.

Menurutnya, pelaksanaan projek ini akan melengkapkan rangkaian jalan raya di seluruh kawasan Daro, sekali gus membuka lebih banyak akses antara kampung, rumah panjang dan kawasan pekan.

“Apabila siap kelak, jalan ini akan menjadi penghubung penting yang menyokong pembangunan menyeluruh di kawasan Daro, memudahkan pergerakan penduduk, mempercepatkan pembangunan, serta membuka peluang ekonomi baharu,” tambahnya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Daerah Daro, Zul Usup, serta beberapa tetamu kehormat lain.

Oleh Akun Giman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: WEF iktiraf Sarawak sebagai kuasa ekonomi baharu berasaskan tenaga hijau
Next: Tun Wan Junaidi serikan majlis ramah mesra KPWKM bersama golongan sasar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.