Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Pengawasan Penyakit dilaksana di tiga rumah panjang
  • WILAYAH

Program Pengawasan Penyakit dilaksana di tiga rumah panjang

Utusan Sarawak 2 months ago
PELAKSANAAN program DSP diadakan berlangsung selama tiga hari di Rumah Bair, Kampung Sebangkoi, Ulu Undop yang berakhir semalam. Foto ADUN Simanggang

SRI AMAN: Projek rintis melalui Program Pengawasan Penyakit (DSP) telah melibatkan tiga rumah panjang dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang di Rumah Bair, Kampung Sebangkoi, Ulu Undop di sini semalam.

Program yang dianjurkan oleh Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC) itu merupakan projek rintis bagi saringan kesihatan penyakit berjangkit melibatkan tiga rumah panjang, iaitu Rumah Bair, Kampung Sebangkoi, Rumah Sunti Kampung Sebujok dan Rumah Gilbert, Kampung Sungai Putong.

Sasaran lokaliti program pada fasa pertama ini adalah rumah panjang yang berhampiran dengan sempadan Malaysia-Indonesia kerana jalinan kemasyarakatan antara kedua-dua negara kuat disebabkan mempunyai pertalian darah kekeluargaan.

DATUK Francis Harden Hollis menyerahkan cenderamata kepada Profesor Madya Dr Ivan Yap Kok Seng pada Program Pengawasan Penyakit (DSP) di Rumah Bair, Kampung Sebangkoi, Ulu Undop semalam.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis menzahirkan penghargaan kepada pasukan SIDC kerana sanggup melakukan perjalanan jauh bagi mengadakan saringan kesihatan secara percuma di rumah panjang kawasan pedalaman.

“Saya sangat berharap usaha kita ini mencapai objektif dari perspektif penganjur kerana semua sampel telah dikumpul untuk dianalisis.

“Sudah pasti kita menunggu keputusan atau hasil daripada saringan dan disusuli dengan langkah perawatan sekiranya terdapat kes yang memerlukan perhatian lanjut,” katanya.

Selain itu, Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang itu juga menasihati rakyat di kawasan tersebut untuk menjalani saringan kesihatan sekurang-kurangnya sekali setahun bagi mengurangkan risiko mengalami penyakit tidak berjangkit dan penyakit kronik lain, sambil menggesa golongan belia juga perlu menjalaninya sebagai kaedah pencegahan.

“Mengenai sambutan penduduk, kita sedia maklum mereka sangat gembira dan mengharapkan program seperti ini diteruskan pada masa akan datang dengan pendekatan yang lebih komprehensif dan melibatkan lebih banyak rumah panjang di kawasan Ulu Undop,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIDC Profesor Madya Dr Ivan Yap Kok Seng mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pihak terutama wakil rakyat, Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Simanggang serta para penduduk rumah panjang yang terlibat dalam menjayakan program berkenaan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Pakan tinjau perkembangan Jalan Pakan/Ulu Kota
Next: Jalan Igu akan siap secepat mungkin – ADUN Tamin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.