Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PKMB cari waris bayi lelaki ditinggalkan di Kampung Lintang Trusan
  • Utara
  • WILAYAH

PKMB cari waris bayi lelaki ditinggalkan di Kampung Lintang Trusan

Utusan Sarawak 6 months ago
CARI WARIS… PKMB Limbang mencari waris bayi lelaki yang ditinggalkan di Trusan Lawas. 

LIMBANG: Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian (PKMB) Limbang sedang  mengesan waris dan ibu kandung  kepada seorang bayi lelaki yang  ditinggalkan di atas meja depan rumah penduduk  di Kampung Lintang, Trusan,Lawas  pada 9 Oktober lepas.

PKMB Limbang dalam kenyataan media hari ini berkata,  bayi lelaki   berkenaan dijumpai oleh seorang penduduk kampung yang menjumpai bayi malang itu di atas meja dan dibungkus dengan sehelai kain. 

Jelasnya, bayi lelaki itu diselamatkan di bawah Seksyen 17(1)(e)(i) Akta Kanak-Kanak 2001 dan kes itu   telah dibawa ke Mahkamah Lawas pada 28 Oktober lepas bagi Perintah Jagaan Sementara di Tempat Selamat yang diwartakan.

“Pelindung telah mendapat pengecualian Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 untuk membuat siaran media bagi tujuan mengesan ibu kandung dan waris kanak-kanak.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau mengenali ibu kandung atau waris bayi lelaki ini diminta untuk menghubungi PKMB Limbang atau  Pelindung, Alister dan  Jujiana di talian 085-211930 dengan segera,” kata kenyataan itu.

Kata PKMB Limbang lagi orang ramai yang membuat panggilan palsu  boleh didakwa mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia yang boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali. 

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Evangelinnia David, Griffin Aaron Roland johan Bintang Kecil
Next: ADUN Kabong kecewa projek pemulihan tanah susur belum bermula

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.