Sarawakku Sayang 2026: Tiga jalan di Mukah ditutup mulai 1 Oktober

Facebook
WhatsApp
DITUTUP...Tiga jalan akan ditutup mulai 1 hingga 4 Oktober ini sempena Program Sarawak Ku Sayang Bahagian Mukah 2026.

MUKAH: Beberapa jalan di sekitar Dataran Pehin Setia Raja Mukah akan ditutup bermula 1 Oktober (10.00 malam) hingga 4 Oktober (6.00 petang) sempena Program Sarawakku Sayang 2026 Bahagian Mukah.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, jalan yang akan ditutup ialah Jalan Setia 1, simpang Jalan Ceria dan simpang bulatan Jalan Wawasan.

Menurutnya, penutupan jalan berkenaan dilaksanakan bagi memastikan kelancaran lalu lintas dan keselamatan orang ramai sepanjang program berlangsung.

“Anggaran kehadiran orang ramai pada satu-satu masa dijangka mencecah 10,000 pengunjung,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak meletakkan kenderaan di kawasan yang boleh menyebabkan halangan kepada aliran lalu lintas.

Katanya, beberapa lokasi disediakan sebagai tempat letak kenderaan alternatif, termasuk kawasan parkir Menara Pehin Setia Raja, kawasan parkir Pejabat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Mukah, kawasan parkir Masjid Setia Raja dan kawasan parkir Pusat Komersial.

“Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi tanda-tanda serta isyarat kawalan lalu lintas yang diarahkan pegawai polis atau anggota Rela bertugas,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai juga boleh menggunakan laluan lain sebagai alternatif sepanjang tempoh penutupan jalan berkenaan.

“Kerjasama semua pihak amat diharapkan bagi memastikan perjalanan Program Sarawakku Sayang 2026 Bahagian Mukah berjalan lancar,” katanya.

Oleh Akun Giman