Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pikul tanggungjawab dengan jujur
  • TEMPATAN

Pikul tanggungjawab dengan jujur

Utusan Sarawak 5 years ago
KENANGAN … Tuai rumah dan ketua kaum menerima sijil pelantikan merakam gambar sebagai kenangan bersama Majang Renggi.

SAMALAJU: Ketua kaum dan tuai rumah diingatkan supaya memikul tanggungjawab mereka dengan jujur dan penuh amanah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju Majang Renggi berkata, tanggungjawab harus dilaksanakan sebaik mungkin demi kepentingan anak buah jagaan mereka.

“Sebagai ketua kaum dan tuai rumah seharusnya melaksanakan tanggungjawab dengan seadil-adilnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Sijil Perlantikkan ketua kaum dan tuai rumah untuk Penempatan Baharu bagi Kawasan Suai dibawah Pentadbiran Daerah Subis bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Samalaju.

Menurut Majang, tugas yang telah diamanah itu hendaklah dipikul sebagai mungkin tanpa mengira latar belakang anak buah mereka.

Sehubungan itu beliau berharap, ketua kaum dan tuai rumah juga bijak menangai isu serta menggunakan saluran yang betul terhadap permasalahan yang berlaku di rumah panjang atau kampung.

“Gunakanlah saluran yang betul berhubung masalah yang berlaku di kawasan jagaan masing-masing”

“Cuba selesai dengan ada sebelum diputuskan untuk dirujuk kepada pihak penghulu, temenggong dan pihak Pejabat Daerah dan sebagainya,” katanya.

Sehubungan itu beliau menasihati ketua kaum dan tuai rumah supaya tidak malu bertanya dan belajar berhubung tanggungjawab dan peranan mereka sebagai pemimpin akar umbi.

Bagi kawasan Suai-Samalaju seramai 13 tuai rumah dan ketua kaum telah menerima sijil lantikan baharu.

Oleh Ellie Edward

Continue Reading

Previous: Merdeka@Komuniti Peringkat Matu disambut sederhana
Next: MPS sedia garis panduan untuk upacara sembahyang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.