Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Peruntukan banjir ikut proses, kerajaan tumpu pemulihan – Fadillah
  • SEMASA

Peruntukan banjir ikut proses, kerajaan tumpu pemulihan – Fadillah

Utusan Sarawak 5 months ago
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof merasmikan majlis peluncuran Digital Putrajaya Exhibition & Conference (DIPEC 2024) dan Putrajaya Urban Observatory (PUO) di Dewan Sri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya, hari ini.

PUTRAJAYA: Pemberian peruntukan berkaitan banjir melibatkan proses tertentu termasuk melihat dan mengenal pasti kawasan yang terjejas, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

“Pertama sekali kita nak tumpukan kepada pemulihan (termasuk) kerosakan, kemudahan, bangunan yang melibatkan keperluan dan (orang) awam,” katanya kepada media selepas melancarkan Balai Cerap Bandar Putrajaya (PUO) di sini, hari ini.

Fadillah berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan pembangkang agar kerajaan mempertimbangkan peruntukan segera RM1 juta kepada ahli Parlimen pembangkang yang kawasannya terjejas banjir untuk membantu rakyat terlibat.

“Mana semua kawasan (banjir). Nanti kita ada proses untuk melihat (kawasan terjejas). Tunggu selesai banjir, baru diputuskan (peruntukan),” katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim dilaporkan berkata pihaknya telah membuat permohonan termasuk menerusi pesanan khidmat ringkas (SMS) berhubung perkara itu.

Sementara itu, pelancaran PUO berkenaan adalah sempena penganjuran Pameran dan Persidangan Digital Putrajaya (DiPEC2024) yang berlangsung hari ini dan esok. – Bernama

Continue Reading

Previous: Parlimen: Naik taraf kemudahan, fasiliti Sukan Sea 2027 selepas penubuhan jawatankuasa
Next: Parlimen: 37 projek baharu pembangunan Sempadan Sarawak diluluskan bawah RP5 RMK-12

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.