KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg selamat menyelesaikan ibadah umrah di Makkah.
Perkara itu dimaklumkan Pengurus Lajnah Kawalan dan Komunikasi Darul Hana Quran Development Centre, Majlis Islam Sarawak (DHQc-MIS), Wan Muhammad Mujahid Wan Alwi, menerusi hantaran di media sosial hari ini.
Menurut beliau, Abang Johari menunaikan ibadah umrah bersama agensi tempatan, AZ Safir Travel & Tours Sdn Bhd.
Dalam hantaran berkenaan, beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Sarawak yang mendoakan kelancaran ibadah Premier Sarawak berkenaan.
Perkongsian itu turut menerima pelbagai respons daripada pengguna media sosial yang menitipkan doa agar Abang Johari dikurniakan kesihatan yang baik serta selamat kembali ke Sarawak.
Oleh Afiq Sallehi





