Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penentuan tarikh PRN-12 kuasa mutlak Ketua Menteri
  • TEMPATAN

Penentuan tarikh PRN-12 kuasa mutlak Ketua Menteri

Utusan Sarawak 5 years ago
SUDAH BERSEDIA… Abdul Yakub Arbi.

MUKAH: Kedengaran desas-desus menyatakan bahawa pilihan raya negeri (PRN) ke-12 mungkin akan diadakan pada Oktober atau penghujung 2020 ini.

Namun, bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi, ia adalah prerogatif atau hak istimewa Ketua Menteri untuk menentukannya.

“Kita tidak pasti bila PRN diadakan akan tetapi, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah mengerak jentera parti untuk bersiap sedia untuk PRN-12. Bagaimanapun, kita serah kepada presiden GPS (Gabungan Parti Sarawak) untuk menentukannya,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai PRN-12 yang bakal diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

Mengenai hasrat Parti Sarawak Bersatu (PSB) untuk bertanding di semua kerusi DUN, katanya, ia juga adalah hak mereka untuk berbuat demikian.

“Di dalam negara demokrasi ini, siapa sahaja boleh bertanding dalam pilihan raya. Kita akur dengan pilihan rakyat. Oleh demikian, hasrat PSB untuk bertanding di semua kawasan DUN adalah hak mereka,” tambahnya lagi.

Bagaimanapun, Yakub yakin dan percaya bahawa rakyat dapat menilai yang mana boleh memimpin negeri Sarawak seperti yang diharapkan.

“Yang pasti rakyat atau pengundi akan memilih kerajaan yang telah terbukti membawa pembangunan dan kesejahteraan rakyat, dan seterusnya dapat meletakkan pembangunan negeri ini ke tahap yang diharapkan,“ kata dia lagi.

Justeru, beliau menganggap Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinan Abang Johari telah dan akan terus melakukan yang terbaik untuk Sarawak dan rakyatnya.

Oleh Henry B Siyu

Continue Reading

Previous: Isu banjir di Kampung Tabahan dapat perhatian
Next: Abang Jo tidak beri air ‘lior jak’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.