1,016 kotak air bersih diagih kepada penduduk Pantu

Facebook
WhatsApp
BANTUAN…Bekalan air mineral disediakan untuk diagihkan kepada penduduk yang terjejas akibat kemarau di sekitar Pantu. Foto APM Sri Aman

PANTU: Sebanyak 1,016 kotak air mineral diagihkan kepada penduduk di 10 rumah panjang dan kawasan sekitar Pantu yang terjejas akibat kemarau.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Sri Aman memaklumkan, bantuan bekalan air bersih itu disalurkan menerusi Pejabat Daerah Pantu hari ini bagi membantu memenuhi keperluan penduduk yang berdepan kesukaran bekalan air.

Antara lokasi yang menerima bantuan ialah Rumah Billy, Kampung Aping; Sekolah Kebangsaan (SK) Aping; Rumah Sana, Sungai Merah; Rumah Kechil, Isu Entawa dan Rumah Latop, Empili Tengah.

Bantuan turut disalurkan ke Rumah Lukau, Enchiap Baruh; Rumah Junau, Isu Pulor; Rumah Nicholas, Enchiap Baru; Rumah Alia, Kandis Ili dan Rumah Sumping, Ran Ulu Batu.

Agihan berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan membantu komuniti yang terjejas akibat keadaan kemarau, khususnya mereka yang mengalami kesukaran mendapatkan bekalan air bersih.

APM Sri Aman akan terus memberi perhatian terhadap keperluan penduduk serta menyalurkan bantuan kepada masyarakat yang terjejas sepanjang tempoh berkenaan.