Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penduduk sambut baik perkhidmatan bas hidrogen
  • TEMPATAN

Penduduk sambut baik perkhidmatan bas hidrogen

Utusan Sarawak 5 years ago
BEROPERASI…Bas hidrogen kembali beroperasi.

KUCHING: Penduduk Kuching gembira perkhidmatan bas hidrogen percuma di Kuching yang disediakan kepada penduduk tempatan dan pelancong kembali beroperasi semula.

Seorang penumpang, Tan Yuan Yuan, 58, berkata, dia gembira ada bas hidrogen ini kerana ia memberi kemudahan kepada penduduk tempatan dan pelancong kerana dapat berjalan di banyak tempat sekitar dan destinasi menarik di Kuching.

“Selain itu, ia juga membantu menjimatkan perbelanjaan kita dari segi kos pengangkutan,” katanya.

Jelas Tan, setakat ini, mungkin orang yang mengguna bas hidrogen ini kurang kerana ia baru mula beroperasi semula.

“Sebelum ini, ia pernah beroperasi tetapi kali ini mungkin kerana ramai orang masih tidak tahu bahawa bas hidrogen ini sudah mula beroperasi.
“Tidak lama lagi akan banyak orang yang menggunakan bas hidrogen ini,” katanya.

Sementara itu, seorang penumpang yang enggan dikenali berkata, khidmat ini sangat bagus kerana waktu operasi bas ini sangat tepat dan ia lebih memudahkan orang ramai yang menggunakannya.

“Saya gembira dengan adanya bas hidrogen seperti ini kerana kita boleh pergi berjalan di sekitar Bandaraya Kuching secara percuma,” ujarnya
Menurutnya, banyak yang masih tidak tahu bahawa bas hidrogen ini sudah beroperasi.

“Kalau mereka tahu bahawa bas ini sudah beroperasi, saya rasa semakin ramai yang akan menggunakan bas ini.

“Sambutan bas ini juga baik dan orang ramai akan menggunakan bas hidrogen ini untuk berjalan sekitar Bandar raya Kuching,” katanya.

Continue Reading

Previous: PZS gesa JKR percepatkan kerja
Next: GPS Asajaya perkukuh kubu hadapi pilihan raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.