Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk diingatkan kekal waspada kelibat sang bedal ketika banjir
  • Utara
  • WILAYAH

Penduduk diingatkan kekal waspada kelibat sang bedal ketika banjir

Utusan Sarawak 3 months ago
WASPADA… Dr Abdul Rahman dan tetamu lain ketika berkunjung ke kediaman Temenggong Leong Boong Meng (tujuh, kiri). 

LIMBANG: Penduduk di daerah ini diingatkan agar lebih berwaspada dengan kelibat sang bedal yang semakin meningkat dan kerap muncul terutama ketika paras air Sungai Limbang meningkat.

Menurut Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, cuaca hujan dan banjir ketika ini boleh mengundang risiko keselamatan khususnya ancaman buaya.

“Saya mengingatkan penduduk agar lebih berhati-hati, terutama di kawasan yang dinaiki air, bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini membabitkan reptilia ini,” katanya kepada media semasa kunjungan Tahun Baharu Cina di beberapa kediaman pemimpin masyarakat Cina dan ahli perniagaan tempatan, baru-baru ini.

Turut sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Dato Paulus Palu Gumbang dan Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Sufian Mohat.

ADUN Bukit Kota itu turut memberitahu bahawa setakat ini  tiada pusat pemindahan banjir dibuka, bagaimanapun,  pihak berkuasa telah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Saya menasihatkan penduduk agar sentiasa berwaspada, khususnya di kawasan yang berisiko banjir.

“Ibu bapa juga perlu memantau pergerakan anak-anak supaya tidak bermain di kawasan banjir bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya lagi.

Dedahnya lagi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Limbang sudah diaktifkan serta merta sebagai persiapan menghadapi sebarang musibah termasuk banjir.

“Saya yakin jawatankuasa bencana sudah bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan berlakunya kejadian tidak dijangka,” ujarnya lagi.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ASPA pergiat pemantauan di kawasan tumpuan banjir
Next: ADUN Lingga turun padang tinjau lokasi terjejas banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.