Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pastikan keselamatan makanan, kesihatan pelanggan terjamin
  • Utara
  • WILAYAH

Pastikan keselamatan makanan, kesihatan pelanggan terjamin

Utusan Sarawak 3 months ago
EDAR… Johnny Pang Leong Ming mengedarkan jadual waktu imsak dan berbuka puasa kepada peniaga dan pengunjung di bazar Ramadan Esplanade, Bintulu.

BINTULU: Peniaga makanan di bazar Ramadan perlu menitikberatkan kebersihan gerai masing-masing bagi memastikan keselamatan makanan dan kesihatan pelanggan terjamin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, kebersihan merupakan aspek penting dalam operasi perniagaan makanan bagi mengelakkan sebarang risiko penyakit bawaan makanan.

“Saya menasihatkan semua penjaja kecil di sini supaya memastikan kebersihan dijaga.

“Ini sangat penting kerana kita tidak mahu berlakunya sebarang penyakit bawaan makanan.

“Jadi saya menggesa setiap pengendali makanan untuk membersihkan kawasan mereka selepas berniaga,” katanya ketika ditemui selepas mengedarkan jadual waktu imsak dan berbuka puasa kepada orang awam di bazar Ramadan Esplanade di sini hari ini.

Beliau turut menggesa pihak berkuasa kesihatan untuk melakukan pemeriksaan berkala bagi memastikan tahap kebersihan yang konsisten serta mengelakkan insiden keracunan makanan.

“Setakat ini, saya lihat keadaan kebersihan di sini agak baik, tetapi kita perlu terus berusaha mengekalkan standard yang tinggi,” tambahnya.

Usaha seumpama itu, ujar beliau, sejajar dengan langkah kerajaan dalam memastikan keselamatan makanan di kawasan penjaja kecil serta meningkatkan keyakinan pengguna terhadap makanan yang disediakan.
Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dua wakil ADUN Sarawak sertai CPA Malta
Next: Tiga rumah panjang terima peruntukan khas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.