Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Parlimen: Hasil kajian Dasar Pemetaan Utiliti Bawah Tanah sedang dikemas kini
  • SEMASA

Parlimen: Hasil kajian Dasar Pemetaan Utiliti Bawah Tanah sedang dikemas kini

Utusan Sarawak 6 months ago
TIMBALAN Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Huang Tiong Sii ketika sesi soal jawab lisan sempena Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, hari ini. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Hasil kajian Dasar Pemetaan Utiliti Bawah Tanah sedang dikemas kini serta ditambah baik, kata Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Huang Tiong Sii.

Beliau berkata, kajian dilaksanakan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) melalui Bahagian Pemetaan Utiliti itu akan dibentangkan kepada pihak Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam untuk hala tuju seterusnya.

“PADU digunakan sebagai sumber rujukan dalam pengurusan data dan maklumat pemetaan utiliti bawah tanah di negara ini,” katanya menjawab soalan Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju) yang ingin tahu status terkini dasar berkenaan dan pengaplikasian PADU oleh JUPEM, pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini. 

Huang berkata, PADU dapat membantu kerajaan untuk melaksanakan perancangan dan pembangunan sesuatu kawasan serta boleh digunakan bagi kes-kes bencana terutama yang melibatkan utiliti bawah tanah. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Parlimen: PGK bukan ukuran tunggal pertimbangan permohonan kebajikan – Nancy
Next: Parlimen: Satelit PSPJN dijangka beroperasi awal 2028 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.