Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Mangsa banjir di Sarawak kekal 91 orang daripada 18 keluarga pagi ini
  • TEMPATAN

Mangsa banjir di Sarawak kekal 91 orang daripada 18 keluarga pagi ini

Utusan Sarawak 2 years ago

Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada lawatan ke PPS Dewan Kampung Sungai Bedaun dan Dewan Sinaran Lumut, semalam.

KUCHING: Seramai 91 mangsa daripada 18 keluarga terjejas akibat banjir masih ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Dewan Kampung Sungai Bedaun dan Dewan Sinaran Lumut. 

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Dewan Kampung Sungai Bedaun menempatkan 60 mangsa dan Dewan Sinaran Lumut seramai 31 mangsa.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menasihati orang ramai supaya bersiap sedia kerana musim hujan ini akan berpanjangan berpunca daripada perubahan iklim.

“Walaupun masa musim ini nampaknya berlaku di Daerah Kuching dan Simunjan, tetapi kita tidak tahu pusingan angin yang baharu ini mungkin berpunca daripada perubahan iklim, jadi kita mengarahkan semua untuk bersiap siaga.

“Kepada mereka yang berada di tempat kerap berlaku banjir untuk sentiasa siap siaga supaya kalau ada berlaku dengan mengejut pihak tertentu dapat mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada lawatan ke PPS Dewan Kampung Sungai Bedaun dan Dewan Sinaran Lumut, semalam.

Unggah turut mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) di bahagian Utara Sarawak untuk bersiap sedia bagi memastikan jalan yang mengalami kerosakan atau pecah dapat dipulihkan serta merta.

“Kita akan pastikan semua agensi berada dalam mode bersedia, bukan sahaja untuk banjir tetapi juga untuk tanah runtuh, jalan pecah, putus dan lain-lain,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Rancangan Ekonomi dan Pembangunan) Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran) merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datu Buckland Bangik serta tetamu lain.

Oleh Mohd Neenatul Aizal

Continue Reading

Previous: Tabung Baitulmal Sarawak agih RM13.02 juta kepada asnaf
Next: Tukang jahit tidak menang tangan terima tempahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.