Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Majlis Bandaraya Miri sediakan 44 tong sampah RORO menjelang Tahun Baharu Cina
  • Utara
  • WILAYAH

Majlis Bandaraya Miri sediakan 44 tong sampah RORO menjelang Tahun Baharu Cina

Utusan Sarawak 4 months ago
GAMBAR hiasan.

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM), menjangkakan jumlah besar sisa domestik dan pepejal yang dikumpul dan dibuang menjelang sambutan Tahun Baharu Cina akan datang.

MBM menerusi satu kenyataan semalam memberitahu bahawa pihaknya telah memperuntukkan 44 tong sampah ‘Roll-On-Roll-Off’ (RORO) di taman-taman perumahan sekitar bandar raya ini.

Tong sampah tersebut diletakkan di 46 lokasi strategik, termasuk dua di lokasi tetap, bagi membolehkan penduduk di kawasan itu membuang sampah mereka.

Tong-tong sampah RORO tersebut akan ditempatkan di Zon Taman Tunku/Lambir/Luak, Zon Jalan Luak-Bakam, Zon Jalan Riam/Lopeng, Zon Krokop/Piasau, Zon Pujut, Zon Piasau Utara/ Tudan, Zon Desa Senadin, Zon Permyjaya dan Lutong/ Kuala Baram Zon.

Kempen pembersihan musim perayaan ini bermula pada 13 Januari lalu dan akan berakhir 26 Januari ini, bergantung pada lokasi.

MBM, berharap penduduk menggunakan tong yang disediakan dan mengelak daripada membuang sampah sembarangan, terutamanya di tepi jalan, rizab jalan atau kawasan lapang kerana ini bukan sahaja akan menjejaskan pemandangan, tetapi juga mewujudkan potensi tempat mencari makanan untuk nyamuk dan serangga pembawa penyakit lain.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Pejabat Majlis di talian 085-433501 atau Seksyen Pembersihan dan Penyelenggaraan Awam di talian 085-442411.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: UPMKB anjur program derma darah 25 Januari ini  
Next: Hospital Miri jejak waris Wong Tack Seng

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.