
MIRI: Sempena menyambut Ramadan, sebanyak 400 bekas bubur lambuk telah diagihkan secara percuma kepada orang ramai di pekarangan Wisma Pelita Tunku di sini, semalam.
Program agihan bubur lambuk itu adalah salah satu inisiatif Kelab Sukan dan Sosial Jabatan Tanah dan Survei (Landas) Miri dan Surau Landas Miri bagi mengeratkan hubungan antara pihak jabatan dengan komuniti setempat, sekali gus menyumbang kepada golongan yang memerlukan pada Ramadan ini.
Program tersebut telah disempurnakan oleh Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Miri, Anthony Aboi.
Selain itu, program tersebut turut diadakan bagi tujuan mengeratkan hubungan antara Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak dengan masyarakat setempat, khususnya mereka yang tinggal di kawasan sekitar pejabat jabatan tersebut.
Melalui program ini, ia juga secara tidak langsung berupaya memupuk semangat perpaduan antara pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang, agama atau status sosial.
Oleh Liong Chai Ling