SFC tingkat kesedaran pemuliharaan monyet belanda

Facebook
WhatsApp
KENANGAN… Warga SK Abang Gesa Belawai bersama pegawai Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) merakamkan kenangan selepas Program Penglibatan Komuniti dan Kesedaran Awam (CEPA), semalam. Foto SFC

SIBU: Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) terus mempergiat usaha meningkatkan kesedaran generasi muda mengenai kepentingan pemuliharaan hidupan liar, khususnya monyet belanda di Taman Negara Paya Bakau Rajang.

Usaha itu dilaksanakan menerusi Program Penglibatan Komuniti dan Kesedaran Awam (CEPA) di Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Gesa Belawai, semalam.

PERKONGSIAN… Pegawai Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) memberi penerangan mengenai status monyet belanda di Taman Negara Paya Bakau Rajang kepada murid SK Abang Gesa Belawai, semalam. Foto SFC

Menerusi program tersebut, SFC melalui Pejabat Wilayah Sibu mengadakan sesi perkongsian mengenai status monyet belanda bersama warga sekolah berkenaan.

Program itu bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran murid mengenai kepentingan memulihara spesies tersebut, selain memberi pendedahan mengenai kepelbagaian khazanah alam semula jadi di kawasan berkenaan.

PENYAMPAIAN… Hadiah disampaikan kepada salah seorang pemenang pertandingan mewarna sempena Program CEPA di SK Abang Gesa Belawai, semalam. Foto SFC
 

Pada masa sama, program berkenaan diharap dapat memupuk rasa tanggungjawab dalam kalangan generasi muda terhadap usaha melindungi hidupan liar dan alam sekitar.

Turut hadir Guru Besar SK Abang Gesa Belawai, Mohardin Mohatar yang turut menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna.

SFC turut merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan dan warga SK Abang Gesa Belawai atas kerjasama serta sambutan yang diberikan dalam menjayakan program berkenaan.