Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kukuhkan ukhuwah, peranan wanita
  • TEMPATAN

Kukuhkan ukhuwah, peranan wanita

Utusan Sarawak 2 months ago
PUAN Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang mengacau bubur pedas sebagai simbolik demonstrasi memasak bubur pedas sempena program Forum Ramadan 1446H/2025M. Foto UKAS

PETRA JAYA: Forum Ramadan 1446H/2025M yang julung kali dianjurkan secara bersama oleh Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI), Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Wanita dan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) di Wisma Sabati mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran 250 ahli dari ketiga-tiga pertubuhan tersebut.

Hadir menyerikan program berkenaan ialah Pengerusi SABATI, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Pengerusi MAKSAK (Wanita) Sarawak, Datin Amar Baduyah Bujang menekankan kepentingan peranan wanita dalam memastikan kesejahteraan rumah tangga sepanjang Ramadan.

“Forum ini memberi banyak manfaat kepada kaum wanita, sama ada suri rumah mahupun penjawat awam yang masih bekerja.

“Peranan wanita dalam Ramadan amat penting dalam mencorakkan sebuah keluarga yang bahagia dan cemerlang,” ujarnya.

PUAN Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang hadir pada Forum Ramadan 1446H/2025M. Foto UKAS

Bendahari SABATI, Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin pula berkata, program ini merupakan usaha pertama yang menghimpunkan ketiga-tiga organisasi dalam satu platform bagi menganjurkan Forum Wanita dan Ramadan bertemakan Meraih Keberkatan Bersama.

“Kita menyaksikan penglibatan aktif ahli-ahli dari SABATI, MAKSAK (Wanita), dan BAKAT dengan sokongan yang amat padu.

“Kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang, khususnya dalam menganjurkan aktiviti kebajikan lain,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa forum ini turut dimeriahkan dengan demonstrasi memasak bubur pedas, salah satu hidangan tradisi masyarakat setempat pada Ramadan.

Program ini bukan sahaja menjadi platform bagi perkongsian ilmu dan pengalaman, tetapi juga mengukuhkan ukhuwah di antara ahli ketiga-tiga pertubuhan berkenaan. – UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: CENTEXS Commercial catat jualan RM524,000
Next: JPJ Sarawak pertingkat penguatkuasaan menjelang Aidilfitri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.