KUALA LUMPUR: Industri perbankan dan PayNet akan memperkenalkan keupayaan amaran penipuan meliputi seluruh industri, dengan ujian rintis melibatkan bank-bank terpilih disasarkan pada separuh pertama 2027.
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata keupayaan amaran penipuan meliputi seluruh industri itu dapat memberi amaran kepada bank dan pelanggan mengenai potensi risiko sebelum transaksi selesai.
“Amaran ini akan menggesa pelanggan untuk berhenti seketika, berfikir dan membuat pengesahan sebelum meneruskan transaksi,” katanya dalam ucapan pada Persidangan Antarabangsa mengenai Jenayah Kewangan dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (IFCTF) 2026 hari ini. – Bernama




