Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • KPDNHEP Sibu giat laksana pemeriksaan
  • TEMPATAN

KPDNHEP Sibu giat laksana pemeriksaan

Utusan Sarawak 5 years ago
PERIKSA… Pegawai penguatkuasa KPDNHEP memeriksa harga barangan basah di Sibu, pada cuti perayaan Hari Wesak.

SIBU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Sibu terus giat menjalankan pemeriksaan, siasatan aduan pengguna serta pemantauan harga pada cuti Perayaan Wesak.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi KPDNHEP Sibu pada Khamis lalu, pemeriksaan tertumpu di premis perniagaan seperti pasaraya, kedai runcit, pasar basah, bakeri dan farmasi sekitar bandar Sibu.

Katanya, pemeriksaan ini dilakukan bagi memastikan bekalan keperluan asas mencukupi dan peniaga meletakkan harga yang stabil.

“Tindakan tegas diambil terhadap peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang dan mereka wajib meletakkan tanda harga pada barangan yang dipamerkan untuk jualan.

“Jika gagal berbuat demikian, mereka boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya.

Pemeriksaan dan pemantauan harga rutin harian telah dijalankan oleh sepasukan Pegawai Penguatkuasa dan Pegawai Pemantau Harga KPDNHEP Sibu.

Di samping itu, Bilik Gerakan KPDNHEP Sibu sentiasa beroperasi dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP.)

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat, aduan atau pertanyaan boleh dibuat secara terus melalui e-aduan.kpdnhep.gov.my atau menghubungi Bilik Gerakan KPDNHEP Sibu di talian 084-335662 atau WhatsApp ke 019-2794317 (Aduan Pengguna).

Pengguna boleh menyemak dan membuat perbandingan harga sebelum berbeli di laman sesawang ‘Price Catcher’.

Continue Reading

Previous: 56 organisasi terima RM284,000
Next: Denda RM700, penjara gara-gara lepak ramai-ramai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.