Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Komited sokong, bantu pejuang kanser payudara
  • KESIHATAN
  • TEMPATAN

Komited sokong, bantu pejuang kanser payudara

Utusan Sarawak 2 months ago
PERKUKUH SEKTOR KESIHATAN… Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Dato Sri Fatimah Abdullah,  Datuk Sharbini Suhaili dan Deepti Saraf menyempurnakan perasmian majlis Menandatangani MoU antara SEB dan Roche Malaysia di Dewan Pesona HUS, Kuching hari ini.
-Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Roche Malaysia mengorak langkah baharu dalam usaha menyokong pesakit kanser wanita dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) menerusi Program ‘Empowering HER’.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB, Datuk Sharbini Suhaili menjelaskan, program itu memberi tumpuan bagi memperluas akses kepada Rawatan Penjagaan Standard Neoadjuvant untuk pesakit kanser payudara HER-2 positif.

“Melalui inisiatif ini, kami menyasarkan untuk menyediakan akses yang saksama, tepat pada masanya dan mampan kepada rawatan penjagaan standard yang inovatif untuk pesakit kanser payudara.

“Selain itu, MoU ini menjadi salah satu langkah penting dalam menjalin kerjasama dengan HUS bagi menyediakan platform perkongsian dana bagi pesakit yang kurang berkemampuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani MoU antara SEB dan Roche Malaysia di Dewan Pesona Hospital Umum Sarawak (HUS), hari ini.

Dalam pada itu, memetik laporan daripada Registri Kanser Kebangsaan Malaysia, katanya sekitar 49.5 peratus wanita disahkan menghidap kanser tahap satu dan dua antara 2017 hingga 2021.

“Justeru itu, angka ini menunjukkan keperluan mendesak untuk melakukan intervensi awal dan rawatan yang berkualiti.

“Dengan insiatif ini, SEB dan Roche Malaysia bukan sahaja memperkukuh sokongan terhadap pesakit dan pejuang kanser malah dapat memperkasa landskap perubatan di Sarawak,” ujarnya.

Majlis menandatangani MoU itu turut disaksikan oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Fatimah Abdullah dan Pengurus Besar Roche Malaysia, Deepti Saraf.

OLEH RYNNA SHA’ERRA 

Continue Reading

Previous: Amaran hujan berterusan di Sarawak
Next: Cakna, fahami masalah penduduk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.