Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kelab Carnation Kuching dan Samarahan sumbang kerusi penghubung kepada HUS
  • TEMPATAN

Kelab Carnation Kuching dan Samarahan sumbang kerusi penghubung kepada HUS

Utusan Sarawak 4 months ago

KUCHING: Kelab Carnation Kuching dan Samarahan menyumbang 12 baris kerusi penghubung kepada Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi kegunaan pengunjung hospital tersebut.

Pengerusinya, Magdalene Chong Ju Fong berkata, pihaknya komited untuk menjadi badan bukan kerajaan (NGO) yang membantu kerajaan dalam menyediakan kemudahan yang memberi keselesaan kepada masyarakat.

“Sejak penubuhannya pada 2008, kita sentiasa berpegang kepada matlamat untuk menawarkan perkhidmatan kepada orang ramai menerusi kerja-kerja kebajikan sosial.

”Sehubungan itu, pada hari ini kita telah menyumbangkan kerusi penghubung dengan 48 tempat duduk kepada Hospital Umum Sarawak untuk keselesaan pesakit dan pengunjung,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan kerusi penghubung di koridor Hospital Umum Sarawak, di sini, hari ini.

Majlis penyerahan itu disempurnakan oleh Magdalene dan turut dihadiri Pengarah Hospital Umum Sarawak, Dr Ngian Hie Ung.

Dalam pada itu, katanya pihaknya juga merancang pelbagai program lain termasuk di kawasan luar bandar bagi membantu lebih banyak masyarakat yang memerlukan.

”Kita juga membantu menyampaikan mesej kerajaan kepada rakyat termasuk program kesedaran seperti penyalahgunaan dadah dan sebagainya di sekolah-sekolah luar bandar.

”Kita berharap penyerahan kerusi ini menjadi langkah pertama untuk kita bergerak lebih ke hadapan dalam menyediakan perkhidmatan untuk masyarakat,” tambahnya.

Oleh Rynna Sha’erra

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Jambatan Batang Saribas dijangka dibuka Mac tahun ini  
Next: Tangani kesesakan ICQS Sungai Tujoh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.