Tiga kawasan catat IPU tidak sihat, Lundu 121

Facebook
WhatsApp
BACAAN IPU setakat 5.00 petang ini. Sumber NREB

KUCHING, 4 Oktober: Tiga kawasan di Sarawak mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada kategori tidak sihat setakat 5.00 petang hari ini, dengan Lundu merekodkan bacaan tertinggi iaitu 121.

Selain Lundu, Samarahan dan Kanowit turut berada pada kategori tidak sihat dengan masing-masing merekodkan bacaan 119 dan 108.

Sementara itu, 17 kawasan mencatat bacaan dalam kategori sederhana, manakala Bario kekal sebagai satu-satunya kawasan dengan kualiti udara pada tahap baik dengan bacaan 43.

Antara kawasan yang merekodkan bacaan sederhana ialah Sri Aman (98), Betong (97), IPD Serian (MCAQM) (93), Lubok Antu (88), Kuching (87), Samalaju (82), serta Belaga dan Sarikei yang masing-masing merekodkan bacaan 81.

Sibu merekodkan bacaan 76, manakala Kapit, Bintulu dan Miri masing-masing mencatat 79. Mukah pula merekodkan 75, diikuti Lawas (77), ILP Miri (73), Tebedu (69) dan Limbang (61).

Menurut laporan status IPU NREB Malaysia, bacaan berkenaan adalah berdasarkan purata bergerak 24 jam bagi parameter paling dominan.