Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kaunter daftar BWI bagi mangsa banjir dibuka hingga 8 Februari ini
  • Tengah
  • WILAYAH

Kaunter daftar BWI bagi mangsa banjir dibuka hingga 8 Februari ini

Utusan Sarawak 3 months ago

BINTULU: Kaunter pendaftaran Bantuan Wang Ihsan (BWI) bagi mangsa banjir di kawasan Tanjong Batu akan terus beroperasi hingga 8 Februari bagi memastikan mereka yang layak menerima bantuan dapat membuat permohonan dengan mudah.

Kaunter tersebut dibuka di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Batu yang terletak di atas Kedai Makan Kawan Lama dengan waktu operasi dari 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 2.00 petang hingga 4.00 petang.

ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, inisiatif ini bertujuan membantu mangsa banjir mendapatkan bimbingan yang diperlukan sepanjang proses permohonan.

“Kami mahu memastikan setiap mangsa banjir yang layak mendapat bantuan tanpa sebarang kesulitan.

“Pasukan saya bersedia membantu bagi memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Johnny Pang turut menyarankan semua mangsa banjir yang belum mendaftar untuk segera hadir ke kaunter bagi mendapatkan maklumat lanjut dan memastikan mereka tidak terlepas daripada menerima bantuan yang disediakan.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jalan ke Doremart di Meridien Central ditutup sementara
Next: Lelaki cedera, enjin kereta terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.