Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JKM Sarawak raikan 84 rakan strategik
  • TEMPATAN

JKM Sarawak raikan 84 rakan strategik

Utusan Sarawak 2 months ago
KENANGAN… Dato Sri Fatimah Abdullah serta yang lain merakam gambar bersama pengunjung yang hadir pada majlis Apresiasi Bersama Rakan Strategik JKM di Pusat Acara Hikmah Exchange, semalam. Foto UKAS

KUCHING: Sebanyak 84 rakan strategik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak diberi pengiktirafan sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan mereka khususnya menjayakan inisiatif kerajaan Sarawak.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata selain memberi pengiktirafan atas usaha mereka membantu mangsa bencana ketika musim Monsun Timur Laut (MTL) lalu, ia turut mengiktiraf agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) yang menjayakan usaha JKM seperti ‘Kenyalang Gold Card’ (KGC), ‘Senior Citizen Health Benefits’ (SCHB), bantuan khas pesakit buah pinggang, bantuan perubatan, bantuan alat tiruan atau alat sokongan.

“Rakan strategik semasa bencana musim MTL telah banyak membantu kejayaan perkhidmatan yang telah kita berikan di pusat pemindahan sementara (PPS).

“Dari segi menyediakan logistik, kekuatan anggota, menyumbang makanan dan keperluan kepada mangsa dan lain-lain bantuan secara langsung atau tidak, ini sangat kita hargai dan sangat dihargai oleh mangsa banjir,” ujarnya ketika berucap pada majlis Apresiasi Bersama Rakan Strategik JKM yang diadakan di Pusat Acara ikmah Exchange (HEEC) semalam.

Menyentuh mengenai bantuan yang telah disalurkan kerajaan Sarawak pada bencana banjir lalu, Fatimah mendedahkan bahawa sebanyak RM15.5 juta telah diperuntukkan bagi membantu seramai 123,555 mangsa daripada 34,623 keluarga.

PENGHARGAAN… Dato Sri Fatimah Abdullah menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima pada majlis Apresiasi Bersama Rakan Strategik JKM di Pusat Acara Hikmah Exchange, semalam. Foto UKAS

Dalam pada itu, JKM juga telah memperuntukkan serta mengendalikan beberapa bantuan seperti bantuan kewangan, klinikal dan sokongan untuk para pesakit kanser dan buah pinggang sebagai alternatif dan pelengkap kepada bantuan kesihatan utama dari agensi bertanggungjawab Kementerian Kesihatan (KKM).

“Hingga Februari 2025, sebanyak RM12.5 juta telah dibelanjakan bagi 813 kes manakala bantuan perubatan bermula dari 2021 hingga Mac 2025, sebanyak RM3.1 juta telah dibelanjakan dengan memberi manfaat kepada 136 pesakit untuk kelangsungan rawatan seumur hidup,” ujarnya lagi.

Selain rakan strategik, turut diraikan 30 klien JKM Kuching yang menerima sumbangan berupa wang tunai dan bakul makanan yang disampaikan Fatimah bagi membantu mereka sempena Hari Raya yang menjelang tiba.

Hadir sama Pengarah JKM Sarawak Semawi Mohamad, wakil Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Salina Bujang, Residen Bahagian Mukah Datu Kueh Lei Poh, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak Jamri Masran, Residen Bahagian Kapit Elvis Didit dan Pemangku Residen Bahagian Sri Aman Mahra Salleh. – UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Program Jiwa@Komuniti MADANI serlahkan perpaduan Kampung Peninjau Baru
Next: Dekati masyarakat melalui Program Ihya Ramadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.