Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jalan Utama Sebuyau ditutup 17 Februari hingga 12 September tahun depan
  • Selatan
  • WILAYAH

Jalan Utama Sebuyau ditutup 17 Februari hingga 12 September tahun depan

Utusan Sarawak 3 months ago

SEBUYAU: Jalan Utama Sebuyau akan ditutup sepenuhnya bermula 17 Februari 2025 hingga 12 September 2026. 

Penutupan jalan tersebut bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Jalan Package D2A Approach Road for Batang Lupar Bridge, menurut Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.  

Notis pemberitahuan JKR menyatakan bahawa penutupan ini diperlukan bagi memastikan kelancaran projek pembinaan dan keselamatan pengguna jalan raya.  

Pengguna jalan raya yang terkesan dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif sepanjang tempoh kerja pembinaan dijalankan.  

Sebarang pertanyaan berkaitan aliran trafik boleh diajukan kepada Pejabat JKR Bahagian Samarahan di talian 082-672800 pada waktu pejabat.  

Orang ramai turut diingatkan untuk berhati-hati ketika berada di kawasan pembinaan bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM dalam usaha tambah sebuah pejabat baharu
Next: Dua sekolah terjejas banjir dapat sumbangan RM20,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.