Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jalan Sepapa masih dinaiki air, tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan
  • Tengah
  • WILAYAH

Jalan Sepapa masih dinaiki air, tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan

Utusan Sarawak 4 months ago

SELANGAU: Jalan Sepapa (jalan utama menuju ke Nanga Tamin dan Nanga Tajam) masih dinaiki air serta masih boleh dilalui manakala Jalan Tabau menuju ke Nanga Tajam masih tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Selangau, Lt. (PA) Luke Douglas Dongum berkata, Jalan Ensurai sehingga ke Jalan Nanga Tamin masih tidak boleh dilalui oleh kenderaan sejak dua minggu lepas.

“Hasil pemantauan di lokasi pagi tadi, mendapati kawasan yang rendah di Rumah (Rh) Harisson, Rh Mambang, Rh Dusin, dan rumah pensendirian dinaiki air namun belum menjejaskan struktur rumah penghuni.

“Jalan menuju ke rumah panjang masih boleh dilalui oleh kenderaan dan pejalan kaki,” katanya menerusi kenyataan, sebentar tadi.

Katanya, beberapa penduduk di hilir Sungai Batang Oya menggunakan sampan sebagai pengangkutan alternatif melalui Sungai Batang Oya ke pekan Stapang.

“Kesemua penduduk rumah panjang, sekolah serta klinik di sekitar tebingan hilir Sungai Batang Oya tidak terjejas dan keadaan di lokasi masih dalam keadaan terkawal,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Unit MPV, URB IPD Sibu cegah jenayah melalui rondaan
Next: Lima penduduk kawasan DUN Jepak terima bantuan keperluan harian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.