Johnny Pang sumbang jaket kepada pengamal media

Facebook
WhatsApp
JOHNNY Pang menyampaikan jaket kepada pengamal media di Pusat Khidmat N68 Tanjong Batu, Bintulu semalam.

BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang, menyumbangkan jaket kepada pengamal media sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen mereka menjalankan tugas di lapangan tanpa mengira keadaan cuaca.

Beliau berkata, wartawan sering berdepan cuaca panas dan hujan ketika menjalankan tugasan, namun keadaan itu tidak menghalang mereka daripada melaksanakan tanggungjawab mendapatkan maklumat dan membuat liputan berita.

“Setiap kali diamanahkan untuk menjalankan tugas, dapat dilihat pengamal media bekerja dalam keadaan sukar, terutama ketika hujan dan panas.

“Namun, tugas itu tetap perlu dilaksanakan bagi memastikan masyarakat mendapat maklumat dan perkembangan semasa,” katanya ketika ditemui media pada acara ringkas penyerahan sumbangan berkenaan di Pusat Khidmat N68 Tanjong Batu, Pusat Komersial Bintulu Sentral, di sini, semalam.

Johnny Pang berkata, idea untuk menyumbangkan jaket berkenaan tercetus selepas beliau melihat sendiri keadaan wartawan yang kerap berada di lapangan ketika menjalankan tugasan.

“Saya terfikir untuk membeli sesuatu yang boleh melindungi mereka daripada panas dan hujan, iaitu jaket yang boleh digunakan setiap kali mereka keluar menjalankan tugas,” katanya.

Beliau berkata, jaket berkenaan turut dilengkapi elemen pengenalan media bagi memudahkan orang ramai mengenali pengamal media ketika menjalankan tugasan.

“Apabila memakai jaket ini, orang ramai akan mengetahui dan mengenali bahawa mereka adalah daripada media,” katanya.

Beliau berharap sumbangan itu dapat memberikan keselesaan dan kemudahan kepada pengamal media ketika bertugas, selain menjadi tanda penghargaan terhadap peranan mereka dalam membuat liputan serta menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

Oleh Carolyne Utih

Meneliti Elemen Yang Memperkukuh Puisi

PUISI merupakan karya sastera yang mengungkapkan pemikiran, perasaan, pengalaman dan pandangan hidup manusia melalui penggunaan bahasa yang indah, padat, terpilih