Pemandu MPV cedera kemalangan dengan lori di Jalan Stabau

Facebook
WhatsApp
KEADAAN MPV yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Stabau, Sibu, pagi tadi. Foto Bomba Sarawak

SIBU: Seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) cedera selepas kenderaan dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Stabau, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 11.30 pagi.

Menurutnya, seramai enam anggota bersama sebuah jentera penyelamat kebakaran (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan di lokasi, didapati kemalangan membabitkan dua kenderaan, iaitu sebuah lori dan MPV.

KEADAAN lori yang membawa muatan pasir selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Stabau, Sibu, pagi tadi. Foto Bomba Sarawak

“Terdapat dua mangsa terlibat dalam kemalangan berkenaan, namun tiada yang tersepit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala pemandu MPV cedera dan dibawa ke hospital.

Beliau berkata, tiada operasi menyelamat dijalankan oleh pasukan bomba kerana mangsa telah dihantar ke hospital menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ketibaan mereka.

“Pasukan bomba hanya melakukan pemantauan keselamatan dan mengambil maklumat berkaitan kejadian sebelum keadaan disahkan selamat,” katanya.

Oleh Akun Giman

34 sekolah di Lundu ditutup akibat jerebu

LUNDU: Sebanyak 34 sekolah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lundu ditutup sementara berkuat kuasa serta-merta hari ini susulan