Lundu, Kanowit dan Serian catat IPU melebihi 200

Facebook
WhatsApp
BACAAN IPU setakat 12.00 tengah hari. Sumber NREB

KUCHING: Kualiti udara di tiga kawasan di Sarawak masih berada pada tahap sangat tidak sihat setakat 12.00 tengah hari ini, dengan Lundu merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi, iaitu 222.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kanowit merekodkan bacaan 216, manakala Serian mencatatkan bacaan 211.

Ketiga-tiga kawasan berkenaan kekal dalam kategori sangat tidak sihat, iaitu bacaan antara 201 hingga 300.

Sementara itu, Lubok Antu merekodkan bacaan 196, Tebedu (195), Kuching (193), Samarahan (186), Sri Aman (169), Bintulu (168), Sarikei (157), Sibu (159), Samalaju (159), Belaga (171), Mukah (129), Kapit (115) dan Betong (172), masing-masing berada pada tahap tidak sihat.

Bacaan di Miri (96), ILP Miri (87), Limbang (86), Lawas (82) dan Bario (71) pula berada pada tahap sederhana.

Berbanding bacaan pada 9.00 pagi, Serian menunjukkan penurunan daripada 217 kepada 211, manakala bacaan di Lundu menurun daripada 224 kepada 222.

Oleh Afiq Sallehi