Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hornbill Hash House Kuching aktif promosikan gaya hidup sihat dan rekreasi luar
  • TEMPATAN

Hornbill Hash House Kuching aktif promosikan gaya hidup sihat dan rekreasi luar

Utusan Sarawak 4 hours ago
RAKAM KENANGAN… Sim Kiat Leng, Mary Ng Sui Fong, Tsen Siong Ngen Sen, Lee Sok Mie, Chong Chieng Jen, Jeffry Lee Poh Tha, Lai Boon Hong, Michael Kong dan Jonathan Lee Kian Yung bergambar kenangan bersama.

KUCHING: Hornbill Hash House Kuching terus memainkan peranan aktif dalam mempromosikan aktiviti rekreasi luar, gaya hidup sihat dan penglibatan komuniti di sini.

Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen, Michael Kong Feng Nian berkata beliau baru-baru ini telah bertemu dengan ahli Hornbill Hash House Kuching bersama Chong dan Sim Kiat Leng, di samping menyerahkan peruntukan kewangan bagi menyokong aktiviti kelab tersebut.

“Semasa perbincangan itu, saya turut berpeluang berkongsi maklumat mengenai Rainforest Trail Run 2026 yang akan dianjurkan oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk tahun ketiga berturut-turut.

“Rainforest Trail Run 2026 merupakan platform untuk menggalakkan gaya hidup sihat, meningkatkan penghargaan terhadap alam sekitar serta mempamerkan keindahan unik hutan hujan kita bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2026,” katanya.

Michael turut merakamkan penghargaan kepada Hornbill Hash House Kuching atas sumbangan berterusan mereka dalam mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan masyarakat, selain sokongan mereka terhadap Rainforest Trail Run 2026.

“Kami berharap dapat bekerjasama rapat dengan Hornbill Hash House Kuching bagi memastikan kejayaan acara ini,” katanya.

Beliau turut mengajak orang ramai untuk menyertai Rainforest Trail Run 2026 dan memaklumkan bahawa pendaftaran kini dibuka serta boleh dibuat secara dalam talian sebelum 26 Julai 2026.

“Kami mengalu-alukan penyertaan peserta dari seluruh Kuching dan kawasan lain untuk bersama sama meraikan kecergasan, alam semula jadi dan semangat komuniti,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Ahli Majlis MPP jalankan pemeriksaan tapak bagi menangani isu penyelenggaraan di Zon 5

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.