Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Guna penceritaan sejarah promosi tempat pelancongan
  • TEMPATAN

Guna penceritaan sejarah promosi tempat pelancongan

Utusan Sarawak 5 years ago
PENERANGAN… Liza memberi penerangan mengenai bahan khazanah yang dipamerkan kepada Dato’ Sri Nancy dan rombongan di The Ranee Museum.

KUCHING: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mahu tempat-tempat yang berpotensi di setiap negeri dipromosikan melalui penceritaan berhubung sejarah mereka yang tersendiri, kata menterinya DatO’ Sri Nancy Shukri.

Beliau berkata selain mengenal pasti tempat yang boleh dipromosikan, MOTAC juga mahu makanan tradisi serta pakaian tradisi di sesuatu tempat itu diketengahkan kerana setiap perkara itu mempunyai cerita yang menarik untuk dikongsikan.

“Setiap tempat, makanan serta pakaian tradisi yang dipersembahkan (hendaklah dipromosikan dengan) mempunyai jalan cerita yang menarik,” katanya selepas melawat Muzium Ranee Brooke di Bangunan Lama Mahkamah Kuching, di sini, semalam.

Beliau mengambil contoh muzium berkenaan yang menceritakan kisah permaisuri pertama semasa zaman pemerintahan Rajah Brooke di Sarawak.

“Selaku menteri yang bertanggungjawab, saya akan berusaha mencari masa untuk pergi ke tempat-tempat lain yang menarik di seluruh negeri untuk melihat sendiri, pada masa yang sama kita (kementerian) membantu dari segi penambahbaikan di satu-satu tempat,” katanya.

Nancy berkata MOTAC juga mahu rakyat bersama-sama menjelajah tempat-tempat menarik untuk dikongsikan melalui media sosial bagi membantu mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang selamat dengan mengamalkan normal baharu.

“Dengan mengamalkan normal baharu ini, kita mahu rakyat berasa selamat, ia juga menunjukkan keyakinan kepada ornag ramai supaya tidak takut pergi melawat sesuatu tempat,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pembetung tersumbat perlu diselenggara
Next: Tingkat kesedaran penjagaan alam sekitar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.