Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Elak salah komunikasi, dapatkan maklumat sahih 
  • TEMPATAN

Elak salah komunikasi, dapatkan maklumat sahih 

Utusan Sarawak 6 months ago

Dato Fazzrudin Abdul Rahman menyempurnakan gimik perasmian. 

PETRA JAYA: Penganjuran aktiviti keramaian di peringkat akar umbi seperti kampung dan kawasan Dewan Undangan Negeri mampu menjaga perpaduan negeri ini.

Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Dato Fazzrudin Abdul Rahman berkata ini kerana melalui penganjuran aktiviti ini, masyarakat tempatan berpeluang untuk membina hubungan bersama pemimpin tempatan mahupun bersama pegawai pihat berkuasa tempatan.

“Dengan ada peluang ini, maka dapatlah kita bersama berbincang dan berbual berkenaan masalah yang ada di kawasan kita.

“Contohnya, kita bertanya dengan Dewan Bandaraya Kuching Utara berkenaan masalah projek di kampung atau kawasan perumahan kita,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penangguhan program Asak Ati Ke Gita 2.0 di Dewan Serbaguna Kampung Pinang Jawa, di sini, hari ini.

Dalam pada itu beliau juga menyatakan bahawa melalui hubungan yang dijalinkan antara masyarakat bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau pihak berkuasa tempatan, ia boleh mengelak salah komunikasi.

“Masalah salah komunikasi ini sangat bahaya. Ia boleh mengakibatkan keretakan terhadap perpaduan.

“Jadi melalui penganjuran program seperti ini kita boleh elakkan daripada masalah ini dengan mendapatkan maklumat yang betul daripada pihak berkuasa.

“Contohnya, ada pembinaan projek yang ditangguhkan, maka dengan penganjuran program seperti ini, kita boleh bertanya dan mendapatkan penjelasan daripada pihak yang bertanggungjawab,”katanya.

Oleh SHAHRUL QAIZAT

Continue Reading

Previous: TYT, isteri singgah di Pasar Lachau 
Next: Pesta Benak pacu reputasi Sri Aman hab pelancongan, ekonomi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.